Pages

Monday 13 March 2017

NASI PAKAPAU AYAM

Image result for assalamualaikum




Story pasal nasi pakapau ni dulu time2 belajar kat UM memang sangat popular menu ni di kalangan student2 UM dan juga adik2 yang belajar kat Matrik UIA. Sebabnya kedai tu terletak di seksyen 17 Petaling Jaya so memang dekatlah kalau nak pergi. This menu so simple ada nasi, daging cincang, telur mata dan sup. kombinasi yang memang kenyang la kalau habis sepinggan nak2 kalau makan dengan sambal belacan. 

Masa mula2 try dulu i rasa macam pelik rasa dia sebab daging tu di masak dengan sejenis daun yang i tak pernah makan sebelum ni tapi once uols dah try mesti nak try, nak try dan nak try lagi, pendek kata macam gian makan nasi tu. Tapi jangan risau daun tu bukan daun ketum ye dia sejenis daun yang dikenalai sebagai 'daun selasih' atau kalau nak lebih senang cari ' basil leaf '. Pernah gak rasa nak tanya tukang masak tu ambik daun ni kat mana sebab i duk fikir diorang bawa daun tu dari Thailand rupanya melambak jual kat pasaraya. Bila google rupanya senang je cara nak masak dia lebih kurang masak kicap je cuma daun tu yang bagi kelainan.

Ok jom i'ols kongsi dengan uols cara2 nak buat Nasi Pakapau Ayam ni ye ( i buat ayam sbb husband i kurang makan daging ), kalau uols suke daging just tukar je ayam kepada daging je ye. 




BAHAN-BAHAN

Daging atau ayam ( cincang halus )
Daun selasih
Sos tiram
Cili api
Bawang putih
Garam secukup rasa
Kicap manis

CARA MEMASAK

Daging atau ayam dicincang halus. 
Panaskan minyak. Bawang putih dihiris halus dan kemudian ditumis (kalau tumbuk lagi sedap ). Selepas itu masukkan daging yang dicincang tadi bersama daun selasih. Apabila daging sudah empuk, masukkan sos tiram, kicap manis, cili api dan kacang panjang yang dipotong kecil dan garam secukup rasa sebelum dihidangkan bersama sup, telor mata dan sambal belacan.












Thursday 9 March 2017

HEALTHY FOOD - CHICKEN CRISPY WRAP

Pasni tak payah pergi beli kat KFC lagi dah kita buat sendiri kat rumah. Ni menu kegemaran my cik abang, sampai satu tahap tu hari2 nak makan wrap. 
Makanan ni sihat dan amat sesuai untuk sesiapa yang menjaga kesihatan ye, 



BAHAN - BAHAN

TORTILLA WRAP 
( i guna wholemeal sebab konon2 diet )
Related image

DADA AYAM 
(potong bentuk jejari salut dengan tepung goreng pedas dan goreng )
Image result for chicken breast stripsImage result for tepung pedas bestari

DAUN SALAD
TIMUN
TOMATO
SOS CILI
MAYONNAISE

CARA PENYEDIAAN

- PANASKAN TORTILLA DIATAS HOT PAN
- KEMUDIAN SAPU MAYO DAN SOS CILI ATAS TORTILLA
- SUSUNKAN DAUN SALAD, TIMUN,TOMATO DAN AYAM YANG TELAH DI GORENG
LAST SEKALI GULUNG .

SIAP DAH BOLEH NGAP


HEALTHY FOOd - SALAD TELUR REBUS BERSAMA FISH FINGGER


Bila diet ni kalau asyik makan makanan yang sama memang membosankan. Sesekali kita cuba sediakan makanan yang menarik dan sedap untuk di makan
RESEPI
2 BIJI TELUR ( REBUS )
TIMUN JEPUN 
DAUN SALAD
TOMATO
MAYONNAISE
FISH FINGER (GORENG)
Image result for salmon fish fingers
KEWPIE SESAME DRESSING 
Image result for kewpie sesame dressing
CARA MENYEDIAKAN
POTONG2 DAN CAMPUR
SIAP

SALAM PERKENALAN

Assalamualaikum...

Actually dah banyak kali buat blog tapi tak pernah nak serius akibat kekangan masa.. Today creat one more new Blog PeriukRinjingEyna memandangkan sekarang ni suka masak macam-macam so kita kongsi resepi sama2 ye